Langkau ke kandungan utama
  • ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTI RASUAH
    AIGA 2022
    logo%20AIGA%20300_0.png
    PEMAKLUMAN
    Adalah dimaklumkan bahawa Majlis AIGA 2022 yang dijadualkan
    pada 5 November 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),
    ditangguhkan ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.
    Institut Integriti Malaysia (IIM) mengucapkan terima kasih
    atas sokongan yang diberikan,
    Sebarang kesulitan amat dikesali.
    logo-iim-baru-1-400_0.png
  • Petikan ucapan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM
    semasa Majlis Penganugerahan AIGA 2020 Peringkat Negeri Pahang - 26 Oktober 2021

Latar Belakang AIGA

LATAR BELAKANG

  Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA2020) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.

  Anugerah ini juga merupakan satu platform terbaik untuk setiap organisasi untuk mengukur sejauh mana usaha-usaha atau inisiatif meningkatkan integriti dalam organisasi, sistem pengurusan dalaman yang berfokuskan kepada tadbir urus terbaik serta sistem kawalan dalaman bagi mengekang berlakunya rasuah dalam organisasi. Selain itu ianya juga merupakan ruang mencungkil keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan sektor swasta dan awam dalam usaha pelaksanaan sistem kawalan dalaman pengurusan risiko dan pencegahan rasuah. AIGA2020 juga akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam sektor swasta dan awam dalam pembudayaan integriti, governans dan anti-rasuah. Penganugerahan ini tidak tertumpu kepada inisiatif sesebuah organisasi asahaja tetapi fokus juga diberikan kepada penerimaan dan pemahaman setiap warga kerja dalam organisasi dalam melahirkan warga yang berintegriti dan bebas rasuah.

  Semua organisasi samaada di sektor awam maupun swasta khususnya di Negeri Pahang dialu-alukan menyertai AIGA2020 kerana anugerah ini akan menjadi penanda aras yang baik kepada sesebuah organisasi dan pengiktirafan ini akan menaikkan lagi nama baik organisasi. Di samping itu ianyanya juga merupakan elemen pemasaran tidak langsung kepada organisasi yang bakal menerima anugerah AIGA2020 kelak.

  Setiap organisasi yang menyertai AIGA2020 akan menerima anugerah mengikut ranking pada majlis anugerah yang bakal dijalankan secara gilang gemilang dan akan di sampaikan oleh tetamu kehormat.

MATLAMAT AIGA

PENGIKTIRAFAN & PENGHARGAAN

Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta di peringkat negeri Pahang yang menzahirkan pembudayaan amalan integriti, governans dan anti-rasuah yang lebih cekap.

+

MENYERLAHKAN POTENSI

Mencungkil keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan sektor swasta dan awam peringkat negeri Pahang dalam usaha pelaksanaan sistem kawalan dalaman pengurusan risiko dan pencegahan rasuah.
+

BERLUMBA KE ARAH KEBAIKAN

Mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam sektor swasta dan awam peringkat negeri Pahang dalam pembudayaan integriti, governans dan anti-rasuah.
+

Ilham dan Rujukan AIGA

Tentang AIGA

Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA2022) adalah merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka.
Penyertaan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA2022) terbuka kepada semua organisasi di Malaysia mengikut kategori yang berikut:
  1. Agensi Kerajaan
  2. Agensi Swasta
Penerima anugerah boleh menggunakan logo Anugerah AIGA untuk kegunaan publisiti organisasi, syarikat ataupun jabatan sepanjang tahun dari tempoh satu (1) tahun penganugerahan sehingga penanugerahan pada tahun berikutnya. Logo rasmi AIGA boleh digunapakai di bahagian kepala surat (letterhead) atau apa-apa sahaja platform promosi organisasi.
  • Membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta dalam merealisasikan objektif untuk menjadi sebuah negara yang dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah.
  • Menjadikan IIM sebagai pusat kecemerlangan ilmu (Institutional Center of Knowledge) berkaitan pengamalan etika dan sistem integriti di peringkat Nasional.
  • Memberi manfaat kepada organisasi untuk menilai tahap kecemerlangan masing-masing serta mengetahui kekuatan, kelemahan dan cadangan pembaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem pengurusan integiriti, tadbir urus dan anti-rasuah.
Permohonan terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta yang beroperasi di seluruh Malaysia, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Sektor swasta pula terdiri daripada organisasi yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Muat turun Terma & Syarat AIGA 2022

KAMI KOMITED

dalam memperjuangkan pembudayaan Integriti dan Governans terbaik

Hak Cipta Terpelihara © 2022, Institut Integriti Malaysia