Langkau ke kandungan utama

FAQ

 

FAQ

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH

 

  1. Apakah itu AIGA dan kriteria utama bagi melayakkan organisasi dalam menyertai AIGA?
  • AIGA adalah Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah yang merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta bagi menzahirkan komitmen dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi mereka. Sesebuah organisasi harus mempunyai sekurang-kurangnya sistem kawalan dalaman yang berdasarkan rujukan kepada Garis Panduan Tatacara Mencukupi/ MS ISO 37001: 2016 (ABMS) / MS ISO 9001(QMS)/ ISO 37000:2022 Governance of Organisation; penarafan risiko dan pembangunan pelan / polisi berkaitan dengan integriti, governans dan antirasuah organisasi.

 

  1. Bagaimana untuk mengetahui tahap ketersediaan organisasi dalam penilaian AIGA?
  • Organisasi boleh menilai tahap ketersediaan dengan berpandukan ujian kendiri yang telah disertakan di dalam laman web AIGA.

 

  1. Bagaimana penilaian AIGA dilakukan?
  • Penilaian AIGA 2022 terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dua peringkat utama dan satu peringkat penilaian khas bagi kelayakan Anugerah Platinum. Pembahagian penilaian adalah seperti berikut:

          I.    Penilaian Dokumen

          II.   Penilaian Lapangan (Atas Talian)

          III.  Penilaian Khas Lapangan (Anugerah Platinum)

 

  1. Bilakah penilaian dokumentasi dan lapangan akan di jalankan?
  • Penilaian dokumentasi dan lapangan akan di jalankan bermula pada bulan Julai hingga September 2022 mengikut jadual penilaian yang akan dibuat oleh Jawatankuasa AIGA.

 

  1. Bolehkah kedua-dua penilaian ini dijalankan serentak bagi memudahkan organisasi mengatur dan menguruskan sesi penilaan?
  • Boleh. Proses Penilaian Dokumen dan Lapangan dijalankan secara serentak seperti proses pengauditan yang lain

 

  1. Terdapat perbezaankah diantara penilaian AIGA di peringkat utama dengan Penilaian Lapangan Khas Anugerah Platinum?
  • Ya. Penilaian peringkat utama dijalankan di peringkat negeri manakala Penilaian Lapangan Khas Anugerah Platinum di perigkat kebangsaan. Kedua-duanya juga turut dibezakan melalui skema soalan dan pemarkahan.

 

  1. Semasa pertandingan AIGA di peringkat utama selesai, adakah organisasi perlu melakukan sekali lagi ujian kendiri bagi melayakkan organisasi ke peringkat Khas Anugerah Platinum?
  • Tidak.

 

  1. Apakah langkah seterusnya bagi sesebuah organisasi yang telah selesai dinilai oleh Panel Penilai?
  • Organisasi akan dihubungi oleh Jawatankuasa AIGA bagi pemakluman pencapaian anugerah di peringkat utama/ kebangsaan.

 

  1. Bagaimana proses pemarkahan AIGA dijalankan?
  • Proses pemarkahan anugerah adalah sulit dan akan dikendalikan oleh penilai bertauliah yang dilantik oleh pihak sekretariat AIGA 2022. Bagi penilaian dokumen, markah akan diberikan berdasarkan kepada penghantaran dokumen yang lengkap serta memenuhi kehendak dalam Penilaian Kendiri AIGA 2022. Penilaian lapangan secara atas talian akan dijalankan melalui platform yang telah ditentukan oleh sekretariat AIGA 2022.

 

  1. Adakah organisasi akan memperoleh markah penilaian di akhir penilaian AIGA?
  • Tidak.

 

  1. Apakah faktor yang akan melayakkan sesebuah organisasi untuk terpilih ke peringkat Khas Anugerah Platinum?
  • Penganugerahan adalah berdasarkan sistem kedudukan markah (ranking). Organisasi di kedudukan emas akan melayakkan mereka ke peringkat kebagsaan iaitu pertandingan di peringkat Khas Anugerah Platinum.

 

  1. Adakah mempunyai konflik kepentingan bagi sesebuah organisasi yang telah menghantar wakil sebagai panel penilai untuk AIGA tetapi mahu turut serta dalam pertandingan AIGA?
  • Tidak.

 

  1. Organisasi saya dalam proses mendapatkan pensijilan ISO37001:2016. Bolehkah organisasi saya menyertai AIGA?
  • Boleh. Penilaian AIGA tidak diukur hanya kepada pensijilan sesuatu ISO di dalam organisasi tetapi ianya diukur kepada tahap pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan mekanisma kawalan sesebuah organisasi dalam konteks Integriti, Governans dan Antirasuah.       

 

     14. Apakah perbezaan diantara AIGA 2020 dengan AIGA pada tahun ini?

  • AIGA 2020 adalah melibatkan penyertaan di peringkat negeri Pahang sahaja manakala AIGA 2022 dibuka kepada semua organisasi di seluruh Malaysia.

 

  1. Bagaimana penilaian AIGA di peringkat kebangsaan dijalankan?
  • AIGA 2022 melibatkan penilaian dan penganugerahan di peringkat negeri dahulu dan seterusnya penilaian akan dibuat bagi organisasi-organisasi yang terbaik di peringkat emas negeri untuk dianugerahkan di peringkat kebangsaan.

 

  1. Bolehkah organisasi saya menyertai semula AIGA pada tahun ini kerana organisasi saya telah menyertai AIGA pada tahun 2020 dan adakah pemarkahan khas akan diberikan berdasarkan penilaian dahulu yang pernah dijalankan ke atas organisasi saya?
  • Boleh menyertai semula dan TIADA pemarkahan khas akan diberikan berdasarkan penilaian dahulu yang pernah dijalankan ke atas organisasi anda.

 

  1. Mengapa organisasi saya perlu menyertai AIGA 2022 dan apakah faedah yang bakal dipeoleh oleh organisasi saya?
  • Menilai keberkesanan Sistem Pengurusan dan Tadbir Urus yang dibangunkan dalam sesebuah organisasi
  • Memberi khidmat nasihat di dalam jurang, hasil penemuan semasa penilaian
  • Berkongsi “industry good practice” semasa sesi penilaian untuk diadaptasi oleh organisasi.

 

  1. Organisasi saya pernah menyertai AIGA 2020 dan apakah bahagian yang perlu saya fokus? Adakah penilaian AIGA 2020 masih sama dengan penilaian AIGA 2022?
  • Bagi organisasi yang pernah menyertai AIGA pada tahun 2020, bahagian yang perlu menjadi tumpuan pihak organisasi adalah di bahagian penambahbaikan bagi jurang yang pernah dikongsikan semasa penilaian AIGA pada tahun 2020. Penilaian AIGA bagi tahun 2022 masih menggunakan langkah penilaian yang sama iaitu penilaian dokumen dan lapangan. Walaubagaimana pun, penilaian ini akan dijalankan serentak seperti konsep “audit”.
  • Penambahbaikan turut dijalankan dalam bank soalan penilaian yang mengfokuskan kepada penilaian dari aspek integriti, governans dan antirasuah.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia