Langkau ke kandungan utama

Perutusan SUK Pahang Sempena AIGA2020

Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak
SSAP., SIMP., DIMP., JSM., PJK.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Integriti .

1. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada   Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Yayasan Pahang kerana berjaya membuka paradigma baru menganjurkan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah – AIGA2020.

2. Anugerah yang julung kali diadakan ini menjadi istimewa kerana pada tahun ini ianya diadakan secara eksklusif di negeri Pahang. Pada hemat saya ianya merupakan satu pengiktirafan yang sangat baik kepada Kerajaan Negeri Pahang.

3. Malah AIGA2020 juga merupakan satu platform terbaik untuk setiap organisasi bagi mengukur sejauh mana usaha-usaha atau inisiatif meningkatkan integriti dalam organisasi masing-masing. Penilaian AIGA2020 berasaskan kepada sistem pengurusan dalaman yang memfokuskan kepada tadbir urus terbaik serta sistem kawalan dalaman bagi mengekang berlakunya rasuah dalam organisasi.

4. Penilaian AIGA2020 adalah bersifat 360 darjah dan sangat holistik. Ini kerana kriteria-kriteria penganugerahannya adalah diinspirasi kepada elemen persijilan MS ISO 37001, Anti-Bribery Management System (ABMS).

5. Amalan Tatacara Mencukupi (Adequate Procedure) melalui prinsip TRUST turut disuntik dalam penilaian AIGA2020.

6. Anugerah ini juga diperkukuhkan dengan dimasukkan elemen undang-undang, lebih tepat lagi berfokus kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu mengenai Liabiliti Korporat.

7. Sekali lagi saya ingin menyeru kepada semua organisasi samada dalam sektor awam dan swasta di seluruh negeri Pahang agar tidak melepaskan peluang terbaik ini, untuk membuktikan keupayaan kita dan seterusnya membuktikan bahawa organisasi di Negeri Pahang adalah mendokong penuh usaha membudayakan integriti, governans dan anti-rasuah.

AIGA2020, “BERSAMA JADIKAN MALAYSIA BERINTEGRITI DAN BEBAS RASUAH”.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KAMI KOMITED

dalam memperjuangkan pembudayaan Integriti dan Governans terbaik

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia