Langkau ke kandungan utama

AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) muncul pemenang Anugerah Platinum Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Pengarah Urusan Kumpulan Bernas, Datuk Haris Fadzilah Hassan dalam majlis penyampaian AIGA 2022 di Institut Intergriti Malaysia (IIM) di ibu negara pada Rabu malam.

Bernas membawa pulang piala pusingan, piala iringan serta geran produk IIM bernilai RM50,000.

Sementara itu, Bernas turut memenangi anugerah Emas Tertinggi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Johor Port Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Nortport (Malaysia) Bhd.

Selain itu, 11 agensi menerima anugerah Emas manakala 34 agensi menerima anugerah Gangsa.

AIGA 2022 menyaksikan penyertaan 116 agensi awam dan swasta.

Majlis penyampaian anugerah turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Baca artikel asal di sini (Astro Awani)

TAGS

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia