Langkau ke kandungan utama

Pendaftaran Organisasi 2023 2

Perhatian!

Tarikh akhir pendaftaran dan penghantaran dokumen sudah dilanjutkan ke 31 MAC 2023.


Urusan Pendaftaran dan Penilaian Audit AIGA 2023 dikelolakan oleh:

SEKRETARIAT,

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA 2023)
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)

Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480, Kuala Lumpur.

Tel: 03-6209 2000.

Sila lengkapkan borang di bawah dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan organisasi anda.

A. BUTIRAN SYARIKAT / ORGANISASI
Alamat Rasmi Organisasi
Alamat Rasmi
No Telefon
Terma Rujukan
Terma Rujukan ini juga boleh dimuat turun di sini

AIGA 2022

 

TERMA RUJUKAN

 

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2023

 

  1. Permohonan terbuka kepada semua organisasi awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara. Sektor Awam yang layak menyertai anugerah ini adalah merangkumi semua peringkat organisasi awam sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Sektor swasta terdiri daripada organisasi yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Perkongsian 1961 serta Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. AIGA 2023 juga terbuka kepada Syarikat Multinasional yang beroperasi di Malaysia.

 

  1. Setiap organisasi boleh menghantar satu penyertaan sahaja walau bagaimanapun bagi organisasi awam mahupun swasta yang mempunyai cawangan atau jabatan yang berlainan bolehlah menghantar permohonan secara berasingan.

 

  1. Kategori anugerah adalah seperti berikut :
  1. Anugerah Platinum
  2. Anugerah Emas
  3. Anugerah Perak
  4. Anugerah Gangsa

 

  1. Organisasi yang ingin menyertai AIGA 2023 perlulah melengkapkan borang penyertaan beserta dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan. Borang pendaftaran boleh diisi secara atas talian melalui  https://www.aiga.my/ms/user/register. Pegawai yang dilantik (Person In Charge) oleh setiap organisasi akan bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan AIGA 2023.

 

  1. Yuran penyertaan sebanyak RM 1000.00 dikenakan bagi setiap penyertaan. Pembayaran boleh dibuat melalui payment gateway IIM / perbankan atas talian / cek / tunai / pesanan tempatan (LO) kepada  :

 

 

 

Institut Integriti Malaysia (IIM)

Menara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin,

Off jalan Tuanku Abdul Halim,

50480, Kuala Lumpur, Malaysia.

 

No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad: 14014010124113 - Institut Integriti Malaysia (IIM)

 

 

  1. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 31 Mac 2023

 

  1. Penilaian AIGA 2023 terbahagi kepada tiga peringkat iaitu dua peringkat utama dan satu peringkat penilaian khas bagi kelayakan Anugerah Platinum. Pembahagian penilaian adalah seperti berikut :
  1. Penilaian Kendiri dan Muat Naik Dokumen
  2. Penilaian Dokumen (Offsite)
  3. Penilaian Pelaksanaan (Atas Talian)
  4. Penilaian Lapangan Fizikal (Untuk calon Penilaian Emas Sahaja)
  5. Penilaian Panel Khas (Anugerah Platinum)

Penilaian Kendiri AIGA 2023 (seperti borang permohonan) adalah penilaian minimum untuk dipenuhi oleh setiap organisasi yang menghantar penyertaan bagi AIGA 2023.

  1. Semua dokumen MESTILAH dilampirkan bersama dengan lengkap dan tersusun:
  1. Dokumen-dokumen boleh dihantar dalam bentuk salinan digital (softcopy) dalam bentuk format PDF sahaja
  2. Semua dokumen mestilah diperakui salinan sebenar oleh pihak pengurusan organisasi.
  3. Dokumen yang dihantar kepada pihak sekretariat AIGA 2023 adalah dianggap dan diguna pakai sebagai dokumen SULIT dan hanya boleh digunakan oleh sekretariat AIGA 2023 dan penilai yang dilantik secara rasmi oleh penganjur (IIM) sahaja.

 

  1. Penganugerahan adalah berdasarkan sistem kedudukan markah (ranking), ini bermaksud semua organisasi yang menyertai anugerah ini layak untuk mendapat salah satu daripada anugerah tersebut berdasarkan jumlah markah yang diperolehi dan terdapat markah minimum bagi setiap tahap anugerah.

 

  1. Pemarkahan bagi menentukan kedudukan (ranking) anugerah adalah melalui kaedah berikut :
  1. Penilaian Dokumen (Offsite)
  2. Penilaian Pelaksanaan (Atas Talian)
  3. Penilaian Lapangan Fizikal (Untuk calon Penilaian Emas Sahaja)
  4. Penilaian Panel Khas (Anugerah Platinum)

Proses pemarkahan anugerah adalah sulit dan akan dikendalikan oleh penilai bertauliah yang dilantik oleh pihak sekretariat AIGA 2023.

Bagi penilaian dokumen, markah akan diberikan berdasarkan kepada penghantaran dokumen yang lengkap serta memenuhi kehendak dalam Penilaian Kendiri AIGA 2023.

  1. Proses penilaian dokumen akan dijalankan oleh Sekretariat Penilaian AIGA 2023 secara offsite dan penilaian pelaksanaan pula akan dijalankan secara di atas talian dan akan berlangsung selama satu (1) hari dan hanya akan dijalankan pada hari bekerja sahaja.

 

  1. Penilaian lapangan secara atas talian akan dijalankan melalui platform yang telah ditentukan oleh sekretariat AIGA 2023. Tarikh dan masa penilaian adalah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekretariat AIGA 2023 berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara Penilai yang dilantik dan juga wakil organisasi. Perubahan tarikh yang telah ditetapkan perlulah dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan. Permohonan perlulah dipanjangkan kepada Sekretariat AIGA 2023 melalui emel aiga@integriti.my

 

  1. Manakala Penilaian Lapangan Fizikal akan dilaksanakan selama satu (1) hari kepada peserta yang layak ke peringkat penilaian Anugerah Emas sahaja.

 

  1. Penilaian Panel Khas bagi penentuan Anugerah Platinum akan dijalankan secara fizikal. Tarikh dan masa penilaian adalah berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Sekretariat AIGA 2023.

 

  1. Pihak sekretariat AIGA 2023 berhak untuk membatalkan penyertaan bagi organisasi yang mengemukakan maklumat atau dokumen palsu bagi tujuan penyertaan AIGA 2023.

 

  1. Semua maklumat atau dokumen yang dikemukakan, dibekalkan dan dikumpulkan akan dianggap sebagai RAHSIA dan SULIT, tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

  1. Penilaian adalah berdasarkan kepada bukti atau penemuan semasa proses penilaian (dokumen dan lapangan) sama ada melalui proses temu ramah bersama pihak pengurusan dan kakitangan atau semakan dokumen.  Ini tidak akan menjadi bukti bahawa tidak berlaku sebarang kegiatan salah laku mahupun penyelewengan dalam organisasi.

Alamat Lokasi Audit
Alamat Lokasi Audit

Latar belakang organisasi
Kategori Organisasi
Sektor Perniagaan
Saiz Organisasi (Jumlah pekerja termasuk pekerja kontrak)

B. BUTIRAN PEGAWAI PEMOHON DAN PENGESAHAN KETUA SETIAUSAHA (KSU) / KETUA PENGARAH (KP) / KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE) / PENGARAH URUSAN / KETUA JABATAN
Pegawai Pemohon / Penyelaras
Pengesahan Permohonan
Pengesahan Permohonan oleh Ketua Jabatan / Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan
Sila hubungi Sekretariat AIGA 2023 di +603 6209 2000 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia