Skip to main content

Pelan Anti Rasuah Nasional (2019-2030)

Pelan Anti Rasuah Nasional (2019-2030)

Pelan Antirasuah Nasional (NACP) merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah yang mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.

Pelan bersepadu ini, yang julung kali digubal di negara ini, adalah selaras dengan Artikel 5 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Memerangi Rasuah (UNCAC) yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota. Dalam membangunkan NACP, kami telah merujuk kepada “Strategi Antirasuah Kebangsaan: Panduan Praktikal untuk Pembangunan dan Pelaksanaan” oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dan telah mendapat sokongan daripada pemegang taruh berkaitan khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara. Disamping itu, kerjasama dengan myForesight®, Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), telah menghasilkan perancangan senario antirasuah yang menyeluruh untuk jangkamasa sehingga tahun 2030.

Baca penerbitan penuh tentang Pelan Anti Rasuah Nasional: 

BM: https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/PELAN-ANTIRASUAH-NASIONAL-2019-2023_.pdf

ENG: https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/National-Anti-Corruption-Plan-2019-2023_.pdf

TAGS

Hak Cipta Terpelihara © 2020, Institut Integriti Malaysia