Langkau ke kandungan utama

Penganjur AIGA

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah ditubuhkan pada 4 Mac 2004, dengan object untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pada Januari 2019, PIN telah digantikan dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (PARN).

INTEGRITI kini berfungsi sebagai badan operasi untuk National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption (GIACC) dengan matlamat untuk membangunkan keupayaan dan kemahiran sektor awam dan juga sektor swasta di dalam perkara-perkara yang berkait dengan governans, integriti dan anti-rasuah, sehingga Malaysia dikenali dengan integritinya, dan bukan dengan rasuah.

INTEGRITI menawarkan servis perundingan, khidmat nasihat dan latihan dalam bentuk tujuh produk iaitu: 

MATLAMAT IIM UNTUK NEGARA

Amalan Governans Baik 100%
Budaya Integriti 100%
Rasuah 0%

MATLAMAT YAYASAN PAHANG

Amalan Governans Baik 100%
Budaya Integriti 100%
Rasuah 0%

YAYASAN PAHANG

Perasmian Yayasan Pahang telah disempurnakan pada 29 September 1983 oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, yang DiPertuan Agong pada ketika itu. Operasi pentadbirannya pula bermula pada tahun 1983 di Tingkat 19, Kompleks Teruntum, Kuantan.

Misi utama penubuhan Yayasan Pahang adalah untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri PAHANG

Hak Cipta Terpelihara © 2020, Institut Integriti Malaysia