Langkau ke kandungan utama

Taklimat AIGA di Pejabat IIM

Taklimat AIGA di Pejabat IIM

Sesi Taklimat Teknikal bersama Panel Penilai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2022 (AIGA 2022) telah diadakan pada 22 Jun 2022 bertempat di Dewan Murni, Institut Integriti Malaysia (IIM).

Taklimat ini telah dihadiri oleh Panel-panel Penilai yang mewakili pelbagai agensi dari sektor awam dan swasta serta NGO berkaitan. Sesi ini merupakan persediaan awal dalam proses penilaian AIGA yang akan bermula pada bulan Julai hingga Oktober 2022. Tarikh tamat pendaftaran AIGA adalah pada 30 Jun 2022.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Rais Ramli, Pengarah Projek AIGA, Pn. Farah Idayu Jaafar selaku Ketua Penilai bagi Jawatankuasa Penilaian AIGA 2022 dan En. Izyuandy Izham, Pegawai Undang-Undang IIM.

Ketua Pegawai Eksekutif IIM juga telah menyampaikan amanat beliau kepada Jawatankuasa Penilaian bagi memastikan kejayaan AIGA yang julung kali diadakan di peringkat kebangsaan pada tahun ini.

TAGS

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia