Langkau ke kandungan utama

Taklimat Ringkas AIGA2022 di Kuantan

Taklimat Ringkas AIGA2022 di Kuantan

YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ucapan aluan dalam satu sesi taklimat ringkas berhubung Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) anjuran IIM pada 17 Jun 2022.

Sesi ini yang diadakan di Kuantan, Pahang ini telah dihadiri seramai 41 wakil syarikat dan agensi yang bertempat di Pahang.

Dalam ucapan aluan beliau, Datuk Wan Suraya telah menekankan tentang pentingnya bagi setiap organisasi termasuk pihak IKS tempatan untuk mengambil langkah pertama untuk membangunkan tadbir urus yang baik dalam organisasi masing-masing. Menurut beliau lagi, AIGA2022 boleh dijadikan sebagai instrumen penanda aras bagi menguji ketersediaan pelaksanaan ekosistem integriti dalam organisasi.

Seterusnya, pegawai-pegawai IIM telah memberi taklimat berkaitan proses keseluruhan penilaian AIGA 2022 yang disampaikan oleh Pn. Farah Idayu selaku Ketua Penilai AIGA 2022.

TAGS

Hak Cipta Terpelihara © 2023, Institut Integriti Malaysia